PUNCA GANGGUAN SEKSUAL
Terdapat
banyak punca berlakunya gangguan seksual di tempat kerja. Antaranya adalah :-
1. Tarikan
fizikal dan personaliti yang menarik
Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung di ganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Bagi sesetengah golongan wanita, keterampilan yang moden sering menjadi salah satu sebab mengapa perkara ini terjadi. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan sekerja dan juga pihak atasan, dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian.
Menurut, Fiske dan Glick (1995) telah membuat rumusan bahawa perawakan wanita yang menampakkan ciri-ciri tradisi kurang terdedah kepada gangguan seksual ini. Personaliti dan perawakan seseorang wanita itu menjadi faktor penarik kepada perlakuan gangguan seksual. Di samping itu juga, personaliti wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik juga boleh mempengaruhi persepsi orang ketiga terhadap perbuatan gangguan seksual. Menurut, Muchinsky (1997), aduan gangguan seksual yang dibuat oleh wanita yang kurang menarik perwatakannya berkemungkinan besar tidak akan diberi perhatian serius oleh Jabatan Personel berbanding dengan aduan yang dibuat oleh wanita yang berperwatakan menarik. Hal ini menyebabkan mangsa gangguan seksual yang berwajah cantik mempunyai peluang yang lebih baik untuk memenangi kes saman berkaitan gangguan seksual berbanding wanita yang tidak mempunyai wajah yang menarik.
2. Kuasa
Kuasa juga dilihat sebagai punca kepada gangguan seksual. Mengikut teori organisasi pula menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi. Struktur organisasi dalam sesebuah syarikat sering menempatkan lelaki dalam kedudukan yang lebih autoriti berbanding wanita. Hal demikian menyebabkan mereka cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari pekerja bawahan mereka. Oleh sebab kebanyakan hierarki di dalam organisasi lebih dimiliki oleh lelaki, ini menyebabkan gangguan seksual ini lebih terdedah untuk berlaku kerana golongan ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Mereka menggunakan kuasa mereka dengan mengugut untuk tidak diberi insentif yang lebih baik jika tidak melayan atau menerima perlakuan yang dilakukan oleh mereka.
Punca gangguan seksual juga berlaku kerana pertandingan, ego dan ketakutan kehilangan status kuasa. Lelaki akan bersikap ego apabila dicabar oleh rakan-rakan. Ini kerana, lelaki mahu dilihat hebat di mata lelaki lain. Hal tersebut akan menyebabkan mereka berkelakuan untuk mencabul mangsa dengan mencubit, membuat ancaman sama ada secara tersirat ataupun terbuka dan mengintip wanita tersebut. Bagi lelaki, pekerja wanita dilihat sebagai permainan untuk menarik perhatian lelaki. Mereka bertanding untuk menunjukkan dominasi dan akhirnya mereka menggunakan cara kekerasan untuk mencapai dominasi tersebut. Sekiranya mereka berjaya mereka akan berasa bangga dan puas.
4. Perbezaan hormon
Lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza. Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkah laku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-olah di luar kawalan pengganggu tersebut. Walau bagaimanapun, tingkah laku pengganggu tersebut berlaku secara tidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang di khalayak ramai.
Punca gangguan seksual juga boleh dilihat menggunakan teori demografi. Teori demografi pula mengutarakan bahawa ia berlaku kerana komposisi lelaki dan wanita di tempat kerja yang tidak seimbang. Perkara tersebut seterusnya merangsang gangguan seksual di tempat kerja. Sekiranya tempat kerja tersebut di dominasi oleh kaum lelaki, maka kaum wanita di tempat kerja tersebut akan cenderung mengalami gangguan seksual.