Kesan

KESAN GANGGUAN SEKSUAL

Gangguan seksual yang berlaku memberi kesan kepada mangsa dari segi fizikal dan mental. Kesan-kesan ini seperti dari segi kerjaya, peribadi dan juga persekitaran sekeliling. Dari segi kerjaya, mangsa lebih gemar mengasingkan diri dari rakan sekerja dan juga cuba mengelakkan diri dari hadir ke pejabat. Ini akan menjejaskan prestasi kerja dan juga berkemungkinan akan menyebabkan mereka kehilangan kerjaya tersebut. Kesan kepada peribadi pula di mana mangsa akan mengalami gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur, hilang selera makan dan emosi yang tidak stabil. Mangsa juga merasa malu untuk berhadapan dan bergaul dengan orang sekeliling. Rasa ini timbul apa bila mangsa merasa rendah diri dan tidak layak berada bersama-sama orang lain kerana merasakan dirinya tidak berharga dan terhina.  

Mangsa juga akan merasa takut dan curiga terhadap keadaan sekeliling. Mereka merasa bimbang dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil jika terlihat orang tertentu, bayangan orang atau bentuk tubuh dan juga tempat tertentu. Mangsa juga menjadi ‘paranoid kepada setiap pergerakan sekelilingnya dan juga orang asing.  Mangsa juga akan mengalami trauma akibat daripada kejadian tersebut. Mangsa sukar untuk melupakan peristiwa tersebut dan ini mengganggu ketenangan, penumpuan dan juga kestabilan mental serta emosi mangsa. Penolakan masyarakat antara salah satu punca juga yang memberi kesan kepada mangsa. Ini di mana apabila masyarakat tidak dapat menerima perkara tersebut dan mereka di pulaukan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kejadian yang dialami mangsa harus lah dirahsiakan dari pengetahuan orang luar.