APA ITU GANGGUAN SEKSUAL?
Gangguan seksual adalah satu perlakuan lucah yang dibuat dengan sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta dan tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan seksual merupakan suatu gangguan dan keadaan yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran waras manusia baik dari segi lisan, fizikal dan juga isyarat seksual. Gangguan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di pejabat, institusi pengajian tinggi atau kawasan perumahan kita sendiri.
Gangguan seksual ini boleh dikategorikan sebagai suatu bentuk ancaman dan menyebabkan berlakunya persekitaran bekerja yang tidak selesa. Bentuk ancaman gangguan seksual ini boleh dikatakan suatu tingkah laku yang tidak sopan, berunsur seksual yang mana ia dijadikan sebagai satu syarat untuk seseorang itu menerima kenaikan pangkat atau kenaikan gaji dan juga kelebihan dan keistimewaan dalam syarikat. Manakala persekitaran bekerja yang tidak selesa pula di mana tingkah laku dan gerak badan pengganggu ini mengganggu dan menggugat fokus serta produktiviti para mangsa yang terlibat. Ini memberi kesan yang negatif kepada mangsa dan membuatkan mereka merasa tertekan dan terganggu. Akibatnya mangsa gagal memberikan mutu kerja yang terbaik kepada tugas mereka.
Gangguan seksual terdiri daripada beberapa kategori iaitu gangguan secara lisan, ugutan dan ancaman kepada kehidupan peribadi. Gangguan secara lisan ini di mana pengganggu mengeluarkan kata-kata atau perkataan yang lucah dan boleh membuatkan mangsa berasa tidak selesa. Ini boleh mengganggu emosi mangsa dari segi fizikal dan mental. Ugutan pula di mana ianya memberi kesan langsung kepada pekerjaan mangsa. Di mana ugutan seperti tidak dinaikkan pangkat, tiada kenaikan gaji diberikan sekiranya mangsa tidak mengikut arahan pengganggu tersebut untuk memberi layanan seksual kepada beliau. Mangsa juga akan dinafikan faedah-faedah yang layak diterima oleh mereka jika menolak untuk tidak menerima pujukan pengganggu tersebut. Ancaman kepada kehidupan peribadi pula di mana tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan dan penghinaan tetapi ia tidak memberi kaitan secara terus kepada faedah pekerjaan. Dalam hal ini pengganggu terdiri daripada rakan sekerja, dan juga pelanggan yang berurusan dengan mangsa. Ini berbeza dengan gangguan secara ugutan yang mana ia melibatkan pihak atasan. Walau bagaimanapun, ia tetap memberikan suatu keadaan yang tidak selesa dan selamat kepada mangsa.

Gangguan seksual di tempat kerja terbahagi kepada beberapa bentuk menurut Kod Amalan. Antara bentuk-bentuk gangguan seksual adalah gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat, gangguan secara visual, gangguan secara psikologi dan gangguan secara fizikal. Baca lagi >>>
PUNCA GANGGUAN SEKSUAL
Gangguan seksual yang berlaku memberi kesan kepada mangsa dari segi fizikal dan mental. Kesan-kesan ini seperti dari segi kerjaya, peribadi dan juga persekitaran sekeliling. Baca lagi >>>
CARA-CARA MENGATASI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
1) Polisi Gangguan Seksual
Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual
di tempat kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam
syarikat tentang anti-gangguan seksual. Baca lagi >>>